Hari kelima saya sudah berpatah balik untuk tinggal di Osaka. Dari Kyoto saya menaiki train untuk ke stesyen Shinimamiya untuk ke Hotel Chou yang telah di book dari hostels world.com.Hanya berjalan kaki selama 5 minit untuk sampai ke Hotel. Saya tidur awal kerana keletihan membawa beban yang berat menaiki train membuatkan saya lena tidur akibat keletihan.
Seawal pagi saya memulakan perjalanan mengikut itenerary yang telah dirancangkan menuju ke stesyen Shinimamiya untuk ke KOBE. Menaiki JR Yamatogi Y690 dan transfer di Osaka Station turun ke track no.2 dan tukar ke track no.3 menaiki JR Kobe Line Rapid menuju stesyen Sannomiya. Stesyen seperti di atas.
Menuju ke Information Counter bertanya dan membeli 1-day bus tour Y650 mengelilingi bandar Kobe.
Bas berhenti di setiap tempat2 menjadi daya tarikan. Saya turun di Kitano Meister Garden untuk mencari dimana terletaknya masjid Kobe. Tumpang tanya dengan penduduk tempatan, mereka menunjukkan arah dan hanya 5 minit perjalanan untuk sampai ke masjid.
Singgah di perkampungan Kobe kitano
Rekabentuk klasik
No comments:
Post a Comment