Sunday, 2 December 2012

Bali - Gunungapi Batur


Tune Hotel yang terletak di Kuta adalah tempat penginapan saya kali ini. Harga semalam untuk stay hotel ini lebih kurang RM100. Tapi faham2 sajalah stay di hotel ini. Check in time adalah jam 3 dan check out time adalah jam 10 pagi. Waktu tinggal adalah sangat terhad dan segalanya berbayar disini.
Tidak seperti hotel2 biasa. Untuk mengambil pengalaman bagaimana keaadan di hotel ini maka saya cuba buat pertama kali.
 
 
Percutian saya kali ini adalah dengan mungguna khidmat supir untuk ke Gunung Batur ini. Hentian yang kami singgah ini menggunakan pakage buffet. Tempat ini agak menarik kerana kita dapat menikmati makan tengahari berdepan dengan gunung ini. Alangkah nyaman nya makan dengan udara yang sejuk kerana tempat laluan ini melalui bukit2 tinggi macam Cameron Highland.
 
Sudah sampai ke gunungapi Batur
 
Sebelum sampai ke gunung Batur ini saya di bawa oleh pemandu pelancung kami iaitu En Yanto merasai kopi Luwak yang sangat popular d Indonesia. Luwak bermakna musang. Cara pemprosesan kopi Luwak ini adalah dengan cara musang (luwak) akan memilih biji2 kopi terpilah dan akan mengeluarkan najis yang telah dihadam. Kopi2 itu akan di najiskan dengan cara berbiji2 seperti pada mula dimakan. Ianya tidak hancur. Sekadar memasukkan dalam usus dan memproses mengeluarkan balik melalui sistem penghadaman. Jika kita tahu cara pemprosesan nya sangat menjijikkan tetapi yang menjadi kegemaran pelancung2 Barat dan dikatakan kopi ini sangat enak sekali.
Biji2 kopie dibersihkan, dijemur dan disangai bagi proses seterusnya.
 
 

Kelihatan biji2 kopi di sangai setelah dibersih dan dikeringkan. Sama juga cara pemprosesan kopi2 yang biasa kita minum.
 
Kami merihatkan diri setelah sejam lebih dalam perjalanan. Dapat anda saksikan pemandu pelancung kami yang ganteng bernama Yanto. Jika anda ingin ke Bali bolehlah menggunakan khidmat beliau. Seperti kebiasaannya kereta yang biasa digunakan ialah Avanza.


Jemput minum kopi Luwak tetapi ianya berbayar ya..bukan free. Berbagai perasa untuk dicuba. Bagi saya sama je rasanya seperti kopi yang biasa kita minum. Sesekali ambil pengalaman apa salahnya.

 
Dalam perjalanan itu juga kami singgah di sebuah rumah yang digunakan untuk menjual lukisan Bali.
Bali juga merupakan pakar dalam bidang ini. Lukisan mereka sangat cantik.
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...