Jomm naik!!!Percutian kali ini adalah ke Bali, destinasi ulangan yang selalu saya buat tatkala AirAsia mengadakan promosi. Saya tidak melepaskan peluang walaupun percutian ini adalah percutian ala-ala bajet je..sekurang-kurangnya dapatla selalu bercuti sambil merihatkan minda,
Penginapan ini adalah Matahari Guest House.saya tempah melalui Agoda juga.Lokasinya hanya di belakan Matahari Mall. Hanya beberapa minit berjalan kaki bolehlah jalan-jalan atau mencari makan. Terdapat juga Restoran A&W, juga terdapat warung minang dan jawa yang boleh dimakan oleh orang muslim. Jika ada yang ingin mendapatkan info hotel ini bolehla lihat nombor yg tertera diatas.
A&W boleh dimakan kerana terdapat sijil halal yang dikluarkan oleh Persatuan Ulama Indonesia.
Ini adalah kemudahan yang ada di dalam bilik penginapan. Ala-ala Tune Hotel. Sesuai untuk berdua kerana bilik ini adalah sama ukuran dengan bilik Tune Hotel. Terdapat sebuah Fridge kecil.almari dan tv lcd..sekadar semalam dua apa salahnya..
Katil yang tersedia berupa katil kayu
Bilik air yang kecil tapi bersih
Kereta Avanza yang saya sewa. Sewaan untuk sehari adalah lebih kurang RM160. Perjalanan dari pagi hingga jam 6 petang.
Perjalanan memakan masa selama 2 jam lebih..Rasa penat juga duduk lama dengan jalan bersimpang siur seperi jalan ke Cameron Highland melalui kampung2 dan juga sawah padi.
Pemandangan sawah padi yang mendamaikan
Sewaktu perjalanan pulang terdapat gerai menjual buah-buahan tempatan.
No comments:
Post a Comment