Sunday, 2 December 2012

Beijing

 
Stadium Sarang Burung Olympik
Waktu saya pergi ini adalah musim winter. Mak ai..sangat sejuk kena pula angin bertiup. Walau pun matahari memancar tetapi tetap rasa sejuk sgt dari panas. Nak lalu sini pun banyak securiti yang akan check tapi saya tak pergilah dekat2..Sekadar mengambil gambar dari jauh.
 
 
 
Summer Palace
Tasik sudah menjadi beku. Air tasik telah menjadi beku. Perahu pun sudah tidak bergerak lagi. Pokok semua pun sudah togel dek cuaca sejuk.


 
Great Wall
Pandang dari bawah saja sudah terasa penat nak mendaki. Sekadar melihat dari jauh. Anak2 tangga pun banyak dah pecah. Maklumlan tapak sejarah paling lama. Terfikir sejenak bagaimanalah diaorang membina tembok besar ni sampai beribu kilometer. Tabik spring..toink..toink...
 
 
Zoo Panda
Bayan masuk zoo Panda ini sebanyak Y5. Panda2 semuanya menjadi malas akibat cuaca sejuk. Panda juga macam sudah pupus je. Di musim sejuk ini semua tidooooo Zzzzz...yang dapat dilihat hanyalah kandang2 sahaja.
 
 
 
Souvenier Panda
Kalau berminat bolehla beli buat buah tangan pulang ke Malaysia..haha
 

                                                                    Tradisional Tea
Berbagai2 jenis teh. Saya dihidangkan berbagai rasa. Maklumlah tourist guide dah bawa kesini. tak rasa macam rasa bersalah lak. Dalam hati tak berminat nak beli la..Teh cina ini diminati oleh orang cina sahaja sedangkan saya orang melayu berminat dengan teh tarik jek..hakhakkk!!



                                                              Cara membancuh teh
Cara-cara teh dihidangkan. Banyak tau cara2 yang betul minum teh ni. Barulah ada rasa Umphhhh!

 
Hard Rock Beijing
Singgah di Hard Rock cafe. Harga baju2 atau cenderahati disini boleh dikatakan mahal la juga tetapi kepada yang berminat tak jadi masalah.
 
 
CCTV4 - Siaran TV popular
Sangat unik bangunan ini. memang nampak pelik sangat-sangat. Rasa jakun pun ada gak..
 
 
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...