Sunday, 2 December 2012

Shenzhen - 1st Trip

 
Dari airport Shenzhen saya menaiki bas untuk ke Hotel Railway Station Hotel yang terletak di Perhentian bas dan keretapi. Jika ada sesiapa yang ingin berjimat bolehlah naik bas yang akan saya terangkan disini. Setelah selesai imigresen dan kluar dari pintu airport sila cari sign board diatas dan bas yang akan dinaiki adalah bernombr K568 dan akan berhenti di perhentian terakhir iaitu Luo Hu Railway Station. Perjalanan memakan masa lebih kurang setengah jam perjalanan dan tambang yang dikenakan sebanyak 20 Yuan bersamaan RM10.

 
Inilah rupa bas yang akan dinaiki untuk ke destinasi.
 
Tiket akan diberi semasa kita membayar sebelum bas bertolak.

 
Kawasan Perhentian Lou Hu. Bangunan yang dapat dilihat ini adalah bangunan sempadan Shenzhen dan Hong Kong. Kita akan melalui imigresen di sini untuk ke Hong Kong.
 
Area Station.

 
Hotel yang saya inap. Berdekatan sahaja dengan Station Lou Hu dan dekat saja sempadan memasuki Hong Kong.

 
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...