Wednesday, 30 January 2013

Chu Chi Tunnel Tour - Ho Chi Minh

Perjalanan memakan masa lebih kurang 1 jam menuju Chu Chi Tunnel yang menjadi lambang kemegahan rakyat Vietnam sewaktu berperang dengan Amerika. Walaupun tidak mempunyai perkakas yang canggih untuk menentang musuh tetapi dengan semangat yang kebal mereka dapat menundukkan Amerika.
 
Tempat ini menunjukkan bagaimana perancangan yang rapi yang telah di buat oleh tentera Vietnam bagi menewaskan pihak musuh. Kita boleh jadikan panduan, dengan semangat yang sabar dan bersatu maka kemenangan pasti menyebelahi.
Saya menggunakan package Tour Muslim sebanyak USD25 termasuk makan tengahari.  Jika kita ingin masuk dengan bayaran sendiri. Tiket dikenakan sebanyak VN80,000
 
 



 Bagi memulakan operasi melawat semua pelawat akan dihidangkan dengan video original bagaimana penghidupan masyarakat Vietnam sebelumnya tercetus peperangan. Kehidupan mereka sangat aman ketika itu. Segala aktiviti penghidupan seharian berjalan dengan lancar.
 
Video ini memaparkan aktiviti yang dilakukan sebelum dan semasa peperangan.. Mereka menggunakan taktik tradisional untuk mengalahkan musuh. Tidak menggunakan perbelanjaan yang banyak kerana mereka serba serbi kekurangan dalam kehidupan..
Mereka bersatu menentang musuh. Sememangnya diberi pujian yang menggunung segala usaha keras yang mereka tunjukkan.
 
 
 
 

 Hanya dengan lubang yang kecil ini mereka dapat bersembunyi dari pengetahun musuh. Tak mungkin kalau orang putih dapat masuk kerana saiz badan mereka sudah pasti tidak muat untuk masuk didalam terowong azimat ini.
  
 
 
 
Laluan masuk untuk keterowong kecik bagi melindungi diri dari musuh. Tabik spring kalau dapat masuk..haha 
 
 
 
Kereta kebal pihak Amerika yang di tinggalkan menjadi kenangan dan sejarah kepada dunia betapa zalimnya menakluk secara haram di bumi yang bukan milik mereka.
  
 
Patung ini menunjukkan biarpun dia seorang wanita tetapi senjata tetap bersama mereka walau dimana jua mereka berada.
 
 
 
 
Setiap orang diberi peluang mencuba masuk kelubang ini dan tutup kembali. Begitulah yang dilakukan oleh askat Vietnam apabila masuk ke terowong kecil ini bagi menyembunyikan diri mereka. Setelah masuk lubang ini akan ditutup kembali bersama dedaun yang ada disekeliling melitupi lubang ini.
 
Sudah tentu musuh tidak dapat menjangka kehadiran mereka didalam terowong kecil ini. Lubang2 udara ini akan dia buat dan disalurkan pada busut2 yang sedia ada. Seolah memang busut ini dibuat oleh serangga tetapi hakikatnya musuh akan terpedaya jua..kerana lubang udara ini dibuat oleh askat Vietnam bagi memberi ruang udara masuk. Bijak kan akal mereka. Disebabkan itulah mereka menang dalam perjuangan.
 

 Sahabat saya mencuba masuk. Ini adalah kerana saiz badan nya yang kurus. Sudah tentulah askar2 pada waktu itu semuanya kurus2 belaka. Makanan mereka pun hanya sekadar ubi rebus dan Popia yang dibuat sendiri.



                          Aktiviti pelancung pula selepas melawat Chu Chi Tunnel..hihi

                              Aktiviti masyarakat Vietnam menjual dan membeli.















 
 
 
 





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...