Perjalanan selama 7 hari ke Tokyo Japan
Terbang di atas awan yang biru. Hati melonjak gembira menuju destinasi
Kami selamat mendarat di Haneda Airport Tokyo lebih kurang jam 11 waktu Tokyo. Waktu di Jepun awal 1 jam dari malaysia. Kami lepaking di Airport saja sementara menunggu pagi kerana train pun dah tamat malam tu.Mungkin sempat jika nak berkejar untuk train yang akhir tapi kami ambil sikap bersantai.Tak mahu rushing sangat. Ramai juga yang overnight di Airport. Ramai juga warga Indo berbanding rakyat Malaysia. Kami ambil pot di bahagian bawah. Terdapat juga Lawson supermarket jika ada apa2 nak dibeli. Toilet pun tersangat bersih dan canggih. Senang untuk berurusan.
Selepas selesai kerja mengemas diri, kami naik ketingkat atas untuk menaiki train menuju ketempat penginapan kami di Asakusa. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 40minit dengan tambang Y680 dengan train KEIKYU Line. Perjalanan tanpa transit dan direct ke Asakusa. Jika kita keluar saja dari tempat arrival hanya kedepan saja untuk menuju ke Keikyu line.
Situasi pemandangan dari dalam Haneda Airport
Signboard menujukan destinasi yang telah dirancang
Setibanya di stesyen ASAKUSA. ikut saja peta panduan yang hotel berikan. Banyak exit untuk keluar. Jadi untuk ke exit ini kita akan melalui seperti yang tertera iaitu A2a. Kepada sesiapa yang akan tinggal di hotel yang sama dengan saya bolehla ikut panduan yang saya berikan ini. Jangan pula tersalah keluar exit..dah tentu sesat entah kemana2.
Saya plan untuk stay di Khaosan Tokyo Original. Banyak kemudahn disini. Berdepankan Sumida River.Tenang je rasa hati melihat bot2 pelancung merentasi sungai Sumida ni. Berdepankan Tokyo Tower. Untuk ke Sensoji pun dekat sangat dan membeli barangan cenderahati. Bilik yang saya tempah adalah jenis dorm. 4 orang dalam satu private room. Bilik air berkongsi diluar. itu tidak jadi masalah. Biasanya untuk orang yang travel macam saya tidaklah memilih sangat. Asal bersih. Cuma agak sempit sikitlah. Maklumlah..ini bukan hotel ya. Ini adalah untuk kategori backpackers.
Tidak sesuai untuk bawa famili yang ada anak2 kecil.
Akak, how's the shared bathroom? kene beratur tak pagi? ke mmg banyak bathroom tu? Me planning nak dok sini nanti with my bro...
ReplyDeleteTak perlu beratur.hotel dkt dgn train station dan night market juga sumida river...
ReplyDeleteTak perlu beratur.hotel dkt dgn train station dan night market juga sumida river...
ReplyDelete