Thursday, 10 January 2013

Tokyo Winter - January 2013

Pembukaan di awal tahun 2013 ini dimulakan dengan misi saya menjejaki bumi matahari terbit buat kali kedua. Visa pun sudah lama diuruskan. Tidaklah rumit untuk memohon visa lagipun tanpa bayaran jika di bandingkan dengan visa negara2 lain.Tunggu untuk berlepas sahaja. Cuma persiapan untuk membawa makanan untuk dimasak disana. Maklumlah makanan disana kebanyakan tidak halal jadi adalah lebih baik membawa makanan disini dan di masak untuk hidangan disana nanti.

Yen pun sudah semakin menurun sekarang ini. Rasa rugi lak tukar awal2. Masih ada baki lagi untuk
di tukar..Sekarang ni Yen telah menghampiri Rm350 - Y10k.

Harap2 dapatlah turun lagi. Sudah ada di dalam kotak fikiran apa barangan yang dapat dirembat di sana nanti.

Untuk trip ulangan ini saya berjaya mendapat triple entry untuk 3 tahun. Bermakna saya boleh mengulangi trip saya ke Jepun berulang kali selama 3 tahun ini. Mungkin kalau ada rezeki saya akan terjah ke perkampungan pula. Banyak pengalaman dan cara hidup boleh kita teladani budaya Jepun ini. Selain persekitaran yang bersih dan menyihatkan. Tengok saja cara mereka berjalan..pantas dan laju memang tak terkejar dan masyarakat mereka boleh dikatakan kurus2 belaka..

 
Plan selepas ini mungkin ke Hokaido pula. Memandangkan visa valid untuk 3 tahun lagi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...