Tuesday 11 September 2012

Ho Chi Minh - Ben Than Market

Perjalanan dari LCCT menuju Bandar ho Chi Minh memakan masa selam 2 jam didalam penerbangan. Sudah beberapa kali saya ke sini. Jangan risau jika anda ingin kesini kerana rata2 terdapat orang2 Malaysia yang melancung dan membeli belah di Bandar Saigon ini.Setiba di Airport Tan Son Nhat, selesai urusan imigresen saya berjalan kluar.Bas terletak di sebelah kanan semasa kluar ke pintu airport dan saya menaiki bas 152 menuju ke bandar Ho Chi minh dengan tambang 400 dong bersamaan RM0.70. Pastikan driver sudah berada di tempat duduk kerana anda akan bayar tambang itu semasa masuk pintu bas bahagian hadapan. Bas menuju ke Ben Than market memakan masa lebih kurang 30 minit jika jalan tidak sesak.Bas akan berhenti di hujung perhentian bas. Hotel yang saya book juga berdekatan. Dengan hanya sedikit sesak didada apabila menyeberangani bulatan yang terdapat lambang kuda. Saya melintas dengan debaran didada kerana untuk melintas terdapat terlalu banyak motor yang bersimpang siur. Kita pun tidak tahu pandangan mata kita perlu menumpu pada motor2 di hadapan. Apa yang saya boleh berikan tips disini ialah..apabila anda ingin melintas. Pastikan anda mengangkat tangan tanda anda surrender atau memberi isyarat kepada mereka yang anda mahu meneruskan lintasan. Biasanya pembonceng akan memperlahankan motor mereka cuma kalau kita tunjukkan isyarat adalah lebih selamat. Hanya tidak sampai 5 minit saya tiba di hotel yang saya telah booked awal melalui laman Agoda iaitu Saigon pink2. Lokasinya sangat strategik dengan hanya 2 minit sahaja untuk kepasar Ben Than.




Bandar paling sibuk dengan motor. Tengok sajalah bagaimana mereka melalui jalanraya. Tidak mengikut peraturan lalu lintas. Masing2 dengan haluan masing2 sampaikan bersimpang siur jadinya. Waktu melintasla saat yang mendebarkan jantung kerana  motor terlalu banyak di atas jalanraya, bukan apa..takut mereka terlanggar kang lain masalah pula.. So hati2 bila melintas dan jangan teragak2.. Jika melintas sila "angkat tangan" mcm surrender tu.bermakna kita memberi isyarat pada mereka supaya diberi laluan untuk kita..

 

 
Ini susasana di dalam pasar Ben Than. Disini terdapat barangan kering dan makanan seperti kopi dan kekacang.

 
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...