Wednesday 28 November 2012

Osaka - Kyoto Day 3

KINKAKUJI
Hari ke 3 seawal pagi saya bertolak dari GH.Singgah di Lawson untuk membeli City Bus 1-day pass Y500 untuk kegunaan pengangkutan bas. Dari GH tunggu bas di stesyen City bus no. 12. Bayaran masuk ke Ginkakuji Temple ini adalah Y400


 
Cantik pemandangan bila gambar diambil.Kalau selama ini saya hanya dapat melihat temple emas ini hanya di pamplet or broucher tetapi kali ini saya dapat menatap di depan mata sendiri.
 
 
GINKAKUJI
 
Dari Kinkakuji Temple saya mengarah menuju ke temple yang menjadi daya tarikan pelancung yang lain yg dikenali sebagai Ginkakuji. Nama seakan sama setiap temple ni. Dengan menaiki City Bus no. 204 atau 102 untuk sampai ke tempat ini.Memandangkan saya sudah membeli 1-day pass maka seharian berjalan dengan menaiki bas tidak perlu berbayar.
 

 
 
Rasa sangat tenang bila berada disini kerana kawasan dikelilingi pokok2 dan taman serta kolam yang didalamnya ada ikan..Sungguh nyaman udara di sini dengan bunyian burung2..
 
KIYOMIZUDERA
 
Dari Ginkakuji saya meneruskan perjalanan lawatan ke Kiyomizudera dengan menaiki City bus.Bagi saya cukupla sekali untuk datang kesini. Dahla keletihan berjalan sebelum ini di tambahkan lagi tempat ini memerlukan pendakian bukit yang agak tinggi. Apa pun saya gagahi jua buat pertama kali dan terakhir kesini. Penat tidak terkata dengan pendakian bukit yg agak curam juga. Sepanjang pendakian terdapat juga deretan kedai yang menjual souvenier dengan rupabentuk bangunan lama.
 

 
Pemandangan dari atas. Orang ramai menceduk air azimat (mengikut kepercayaan agama mereka) untuk di minum atau mencuci muka sebagai mengambil berkat.Sekadar berlalu sahaja di tempat ini memerhatikan orang ramai berpusu2 beratur untuk membayar tiket masuk..

 
Bangunan ini sangat lama rupabentuknya..
 


FUSHIMI INARI SHRINE + TORI GATE
Bermula balik dari Kyoto Stesyen untuk ke Inari station JR Line Y280

 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...