Friday 30 November 2012

Sungai Mekong - Vietnam

Saya telah beberapa kali menjejaki bum Vietnam ini tapi sekadar meluangkan waktu dengan hanya ber shopping sahaja, Kedatangan saya kali ini adalah untuk bersantai saja dan kesempatan itu saya gunakan untuk membuat lawatan ke Sungai Mekong. Saya mengambil pakage ini melalui Vinasun Travel yang terletak bersebelahan dengan hotel tempat saya tinggal iaitu hotel SaigonPink2. Pada mulanya saya bertanya pada pihak hotel mengenai pakage ini tetapi saya rasa ada sedikit mahal kerana saya pernah membuat nota bahawa pakage ke Sungai Mekong adalah USD10. Memandangkan pihak hotel offer USD15 saya mengambil keputusan untuk membatalkan saja. Kot2 ada tempat lain yang offer lagi murah. Sambil berjalan kluar ke kedai Hj Basiroh saya ternampak ada Travel office dan saya singgah sebentar untuk bertanya. Mereka offer pakage Mekong tu sebanyak 220dong tetapi memandangkan saya tidak mengambil lunch maka bayaran di kurangkan menjada 200dong bersamaan USD10.
Maka settle la rancangan untuk hari esok.Pada sebelah malam saya menalipon Hj Nasir untuk order nasi goreng untuk di hantar pagi esok sebelum bertolak ke Sungai Mekong buat bekalan untuk makan tengahari.
 
Kami diberi penerangan mengenai sejarah sungai mekong. Sesekali tourist guide kami memberi kuiz hanya berkenaan sungai-sungai yang terdapat di dunia. Penat juga nak memikirkan jawapan.Ahhh!!biar sajala orang lain menjawapnya sedangkan saya kyusuk memerhatikan sungai yang berwarna teh susu itew..sambil dalam hati berkata2...ada boyak kah didalam sungai iteww...haha
 
 
 
 Betapa luasnya Sungai Mekong ini sehinggakan kapal2 besar dapat berlabuh. Bagaikan air laut. luasnya Sungai Mekong ini. Kalau dahulu masa sekolah ada belajar mengenai sungai ini, manalah sangka satu hari dapat juga menjejaki dan melihat sungai yang sangat hebat diperkatakan ini..

 
Memandang hujung minggu, ramai pelancung juga tidak kurang ramainya masyarakat tempatan menghabiskan masa dihujung minggu untuk pergi lawatan sebegini. Sampan yang kami naiki bersesak menuju destinasi.Perahu ini tidak menggunakan enjin sangkut malah di dayung oleh wanita2 Vietnam sebagai mata pencarian mereka.Kesian juga bila melihat tapi apakan daya hidup perlu diteruskan jua.


 
Kami singgah dari pulau ke pulau melihat aktivi masyarakat kampung. Tempat ini adalah perusahaan ringan yang membuat candy kelapa secara tradisional. Nampak macam sedap tapi saya tidak berminat untuk merasainya.

Kami singgah makan buah2an yang dihidangkan. Banyak juga buah2an yang kami rasai seperti mangga, nenas, ciku, dragon fruit. Semuanya boleh dikatakan fresh from fridge...

 
Sambil menikmati buah2an yang segar, kami di alunkan dengan lagu2 yang di nyanyikan oleh anak2 gadis Vietnam. Sebagai penutup kami diminta memberi sedikit sumbangan kepada mereka yang telah menjalankan tugas menghiburkan kami...
 


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...