Sebelum pergi kesesuatu tempat percutian kita mestila buat perancangan tempat menarik yang akan kita pergi agar takla serabut nanti setiba disana nanti.
Penerbangan dari LCCT ke Krabi mengambil masa selama lebih kurang 1jam 20 minit. Saya memilih Aonang Grand In sebagai penginapan saya nanti.
Setelah mentelaah dari forum travel dan membaca travel blog dari kawan2. Percutian kali ini adalah seramai 6 orang dan kami merancang untuk menginap di Aonang Grand In. Saya book melalui Agoda. Sangat mudah bila book melalui Agoda.semudah ABC..haha..
Perjalanan dari Airport ke hotel memakan masa selama 30 minit.
Pada waktu malam mungkin kami akan ke Town Night Market untuk aktiviti membeli souvenir dan makan-makan.Cuma diingatkan menaiki tut-tut adalah lebih murah dari menaiki van or kereta sewa.
Kredit to owner photos
Teruja sangat nak join aktiviti Elephant Riding ni..Redah hutan dan masuk sungai..Sama juga mcm di Kuala Ganda di Pahang.
Itinerary hari Kedua
Untuk hari Kedua saya memilih untuk aktiviti Island Hoping..
Menjelajah ke Phi Phi Island Pakej ini berharga rm100 seorang merangkumi penjelajahan beberapa buah pulau sekitar Koh Phi Phi.Makan tengahari, buah2an air meneral dan coke disediakan.Semuanya ditanggung halal dan sangat senang jika dibandingkan trip ke Korea n Tokyo .Trip bermula dari jam 9 - 4 ptg. Untuk snokeling google/life jacket akan disediakan. Rasa tak sabar nak mengintai ikan2 berwarna warni..
No comments:
Post a Comment