Sunday, 3 March 2013

Medan

 
Penerbangan dari LCCT ke Medan memakan masa selama lebih kurang 1 jam perjalan dan pesawat mendarat di Polonia Airport Medan. Polinia diambil dari singkatan nama dari bekas tapak ladang yang di miliki warga Poland. 
 
 
 
 
 Percutian singkat selama 2 hari 1 malam. Saya cuma jalan2 di bandar Medan sahaja. Melawat Masji Raya yang sangat terkenal di Medan. Rekabentuk 8 segi keliling masjid ini. Dibelakang masjid terdapat perkuburan yang lama dan baru.
 
 
 
 
 
 
 Sepasang orang putih ini kena berpakain sopan sewaktu masuk ke masjid. mat saleh lelaki ini dikenakan memakai kain sarung manakalan minah saleh ini kena pakat tudung yang telah disediakan oleh pihak masjid yang terdapat di pintu masuk masjid.
 
 
 
 
 
 
 
 Ciri2 rekebentuk bahagian tepi masjid.
 
 
 Saya singgah di Istana Maimon. Cuma beberapa minit berjalan kaki dari masjid untuk ke sini. Tetapi saya menaiki beca motor yang baik hati menanti saya untuk kemana saja tanpa permintaan dari saya. Kesian juga dan akhirnya menjadi supir saya berdua bersama suami kemana yang saya ingin pergi.
 
 
 Laluan masuk terdapat kereta kuda yang menjadi kenderaan kerabat diraja.
 
 
 
 
 Didalamnya terdapat makam yang ditutup dan dijaga oleh pengawal.
 
 
 Rekabentuk dalam Istana Maimon. Sangat menarik
 
 
 
 
 
Balai rong..
 
 
 
 
 
 Perut pun dah lapar. Saya singgah di Garuda Restoran untuk menikmati makan tengahari.
 
 
 Menu tengahari.
 
 
 
 Kain telekung yang dijual di Pasar Ikan. Bukan jual ikan ye kawan2...haha
 
 

Kain palikat made in Indonesia..bukan jimmi palikat..aku org kampung..ahakkk!!!



                                          Singgah sebentar menikmati satay Padang.

 
Satay padang yand dimaksudkan. Bukan berkuahkan kuah kacang ya. Sekadar kuah likat resepi orang Padang.. 
 
 
 
Pada waktu malam saya berjalan kaki dari Hotel menuju ke Merdeka Walk untuk menikmati makan malam. Tiada apa yang menarik disini melainkan restoran2 pilihan samada western atau makanan asal orang tempatan. Tapi tempat makan disini boleh dikatakan untuk menu orang2 berada.

 
Gerai2 disini ada menjual souvenir...sambil menjamah selera boleh difikir apa yang patut dibeli untuk dibawa pulang..

 
Pentas untuk menjalankan aktiviti kerana tempat ini menjadi tumpuan pelancung.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...