Sunday, 24 March 2013

Malindo Air - Kuala Lumpur - Kuching

 



 
Penerbangan sulung oleh Syarikat Penerbangan Malindo Air bermula dari Kuala Lumpur ke Kuching pada 23hb Mac dengan jadual penerbangan sebanyak empat kali sehari iaitu:-
6.40 pagi - 11.25 pagi - 4.10 petang - 8.55 malam
 
Perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kuching memakan masa selama 1 jam 40 minit.
Menggunakan KLIA Airport bagi menaiki penerbangan ini. Penuh flight hari pertama itu memandangkan Malindo memulakan penjualan promosi untuk tiket sehala cuma Rm38 dan untuk perjalanan pergi balik hanya berjumlah Rm76.
 
Memberi keselesaan kepada penumpang dengan memberi percuma untuk 15kg perkhidmatan bagage dan makanan percuma di dalam penerbangan. Penumpang juga boleh menikmati hiburan layar tv di belakang tempat duduk hadapan.
 
 Cuma kita kena menyediakan ear phone untuk mendengar dengan jelas. Jika tidak silap saya ada juga pemberitahun jika sekiranya kita memerlukan "ear phone" pihak Malindo ada menyediakan tetapi dengan bayaran RM5. Pihak Malindo juga ada menghantar email dan notis di Facebook bagi memudahkan proses mendaftar dan meletakkan bagage.
 
 
 
 
 
From KUL to KCH
Departure Hall, Level 5, Main Terminal Building, Kuala Lumpur International Airport.
Check In: Counter 14-19 (Row F)
 
From KCH to KUL
Departure Hall, Level 3, Kuching International Airport
Check in: Counter C7, C8, C9
 
 


Peramugari2 yang bertugas kebanyakannya terdiri daripada orang2 yang berpengalaman mengendalikan penerbangan bagi proses pelancaran memandang penerbangan ini adalah penerbangan sulung dan syarikat penerbangan terbaru.
 
Uniform mereka juga ada ciri-ciri Indonesia memandang syarikat ini adalah join venture. Sapasang kebaya Putih bersulam (ciri-ciri pakaian wanita Bali) dan sepasang kain ala-ala batik berbelah di tengah sehingga pangkal peha..
 
Nampak seksi wooo... sama seperti belahan kain pramugari MAS.hehe...
 
 Makanan yang disediakan hanyalah sandwich tuna dan sebotol air meneral. Tidak kiralah penerbangan ini di awal pagi petang atau pun malam.
 
 
Tempat duduk penumpang Malindo Air
 
 
 







Layar tv untuk menonton filem, drama atau mendengar muzik. Tontonilah mengikut citarasa masing-masing.
 
 

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...