Wednesday, 26 June 2013

Kunming - Autumn


Kunming tempat menarik untuk dilawati bagi percutian saya akan datang. Sedang mengkaji dan mengumpul ilmu sebanyak mungkin untuk menjejaki salah satu daerah yang terdapat di China. Musim luruh adalah musim yang selesa untuk menjejaki bumi Allah ini. Buat permulaan saya akan melihat2 dahulu peta lakar di mana tempat yang saya akan lawati ini.





Sunday, 21 April 2013

Busan - Itinerary

Baru saja nak buat note untuk travel ke Busan. Banyak juga kena gali dan gali. Selalu famous area Seoul je. Tapi travel kali advance sikit ke daerah lain pula. Busan merupakan daerah pinggiran laut dimana terdapat nelayan dengan hasilan laut. Sangat2 teruja.. Ada masa lagi untuk mencari note buat bekalan travel nanti..

Antara tempat menarik yang harus dilawati adalah:-

- Jagalchi Market
- Busan Tower berada di area taman Yongdusan


1) Get off at Nampo-dong Station, Line 1, Exit 4, walk towards Dried Seafood Market (5 min) 


1) Get off at Jagalchi Station, Line 1, Exit 10, walk in direction of Agricultural Product Department Store. (From the exit, turn right onto Jagalchi 3 (sam)-gil Street). Walk towards Sidonga Market (5min)

- Busan Museum dan Busan Museum of Modern Art. Kedua museum ini terletak tidak jauh dari   Shinshagae, sebuah mall paling besar di Busan. Busan Museum memamerkan karya-karya tradisional dari rakyat
 
- Pulau Jeju, pulau terbesar yang terletak di selatan semenanjung Korea. Perjalanan dari Busan  ke Jeju dengan pesawat selama kurang lebih 1 jam.






 


Sunday, 24 March 2013

Malindo Air - Kuala Lumpur - Kuching

 



 
Penerbangan sulung oleh Syarikat Penerbangan Malindo Air bermula dari Kuala Lumpur ke Kuching pada 23hb Mac dengan jadual penerbangan sebanyak empat kali sehari iaitu:-
6.40 pagi - 11.25 pagi - 4.10 petang - 8.55 malam
 
Perjalanan dari Kuala Lumpur menuju ke Kuching memakan masa selama 1 jam 40 minit.
Menggunakan KLIA Airport bagi menaiki penerbangan ini. Penuh flight hari pertama itu memandangkan Malindo memulakan penjualan promosi untuk tiket sehala cuma Rm38 dan untuk perjalanan pergi balik hanya berjumlah Rm76.
 
Memberi keselesaan kepada penumpang dengan memberi percuma untuk 15kg perkhidmatan bagage dan makanan percuma di dalam penerbangan. Penumpang juga boleh menikmati hiburan layar tv di belakang tempat duduk hadapan.
 
 Cuma kita kena menyediakan ear phone untuk mendengar dengan jelas. Jika tidak silap saya ada juga pemberitahun jika sekiranya kita memerlukan "ear phone" pihak Malindo ada menyediakan tetapi dengan bayaran RM5. Pihak Malindo juga ada menghantar email dan notis di Facebook bagi memudahkan proses mendaftar dan meletakkan bagage.
 
 
 
 
 
From KUL to KCH
Departure Hall, Level 5, Main Terminal Building, Kuala Lumpur International Airport.
Check In: Counter 14-19 (Row F)
 
From KCH to KUL
Departure Hall, Level 3, Kuching International Airport
Check in: Counter C7, C8, C9
 
 


Peramugari2 yang bertugas kebanyakannya terdiri daripada orang2 yang berpengalaman mengendalikan penerbangan bagi proses pelancaran memandang penerbangan ini adalah penerbangan sulung dan syarikat penerbangan terbaru.
 
Uniform mereka juga ada ciri-ciri Indonesia memandang syarikat ini adalah join venture. Sapasang kebaya Putih bersulam (ciri-ciri pakaian wanita Bali) dan sepasang kain ala-ala batik berbelah di tengah sehingga pangkal peha..
 
Nampak seksi wooo... sama seperti belahan kain pramugari MAS.hehe...
 
 Makanan yang disediakan hanyalah sandwich tuna dan sebotol air meneral. Tidak kiralah penerbangan ini di awal pagi petang atau pun malam.
 
 
Tempat duduk penumpang Malindo Air
 
 
 







Layar tv untuk menonton filem, drama atau mendengar muzik. Tontonilah mengikut citarasa masing-masing.
 
 

Monday, 18 March 2013

Krabi - Thailand

 
 
Krabi..laut yang hijau dan biru. Melawat pulau2 yang menjadi daya tarikan pelancung.Penerbangan mengambil masa selama 1 jam 10 minit untuk sampai ke Airport Krabi.Selepas urusan imigresen selesai, saya turun kebawah untuk berjumpa dengan agen transport yang saya telah tempah melalui internet iaitu Krabi Shuttle.com sebanyak THB600 = RM60 untuk bertiga.

Waktu balik nanti saya terus booking airport transfer. Bayaran dikenakan sebanyak THB700 disebabkan kami berlima. Tambang untuk ke Ao nang jika menaiki bas adalah THB150 = Rm15. Begitu juga kalau kita menggunakan mana2 agen bayaran tetap sama, cuma di ingatkan sebelum kita pergi ke destinasi percutian adalah lebih baik kita survey2 dulu dari internet dan membaca dari blog2 kengkawan yang sudah pergi bagi mengelakkan penipuan.

Hari pertama saya tidak kemana2..cuma berjalan disekitar pantai dan melihat gerai2 yang menjual barangan cenderahati untuk di bawa balik nanti. Memandangkan kawan2 saya datang di penerbangan tengahari. Saya menunggu ketibaan mereka berdua. Selepas itu baru kami akan survey harga package lawatan ke pulau untuk keesokan hari.

Setibanya kawan2 saya...petang tu kami survey harga package island tour di hotel penginapan kami.
Package pilihan kami adalah Phi Phi Island Tour. Kami memilih untuk menaiki Speed Boat. Jika ingin yang lebih murah bolehla menaiki long tail boat (boat ala2 tradisional) Tempat lawatan pulau termasuklah

Bamboo Island
Viking Cave
Monkey Cave
Maya Beach
Phi Phi Don
Khay Island

Bayaran dikenakan sebanyak THB1000 = Rm100 seorang. Kami dikehendaki berada di depan hotel penginapan untuk transport mengambil kami menggunakan van menuju ke tempat pengumpulan bot2. Bukan group kami sahaja.Termasuk juga dengan lain2 orang yang sama mengambil package seperti kami.

Keesokan harinya, selepas kami bersarapan kami bergerak lebih kurang jam 8.30 pagi. Ramainya orang berkumpul untuk menikmati pulau2 indah yang berada di Krabi. Kami diberi pelekat untuk membezakan boat yang kami akan naiki. Kalau tidak silap saya batu boat boleh menempatkan seramai 20-25 orang. Terdapat minah dan mat saleh, begitu juga sepasang kapel berketuruan India spore, Korea, Taiwan dan tak lupa warga Thailand itu sendiri.
 
 
 
Book melalui Agoda untuk 2 malam berjumlah RM267. Bila sampai di sini, tiada apa yang menarik dihotel ini. Ala biasa2 saja. Banyak lagi hotel2 yang berada di sekitar pantai Ao nang ini. Untuk pertama kali bolehla survey2. Bulan Jun nanti saya akan bercuti disini bersama famili dan tidak mungkin tinggal di hotel ini. Layanan di reception sungguh tidah memuaskan dan tidak mesra alam. Cukuplah sekali untuk tinggal di hotel ini.

 

Kenderaan yang mengambil kami semasa di Airport Krabi berjenama Fortuner. Woww..sangat2 best...



Snokerling time..Ada dua tempat kami dibenarkan untuk intai2 ikan nemo...suker nyer!!!
 
 
 Inilah enjin speed boat yang dimaksudkan. Betapa lajunya..tak tau berapa banyak kaki2 kuda digunakan untuk memecut laju membelah lautan biru...biru ke hijau...conpius...huhu..
 
  

Abang pilot yang membawa boat. Sesekali membuatkan kami menjerit terkejut akibat lompatan speed boat. Dia tersenyum jika melihat orang2 didalam boat menjerit akibat boat terbang dan terhempas di air.. Adoyaiii!!! Boleh gugur jantung dibuatnya...tapi sangat2 enjoy waktu ini...hehe


Kami disajikan dengan buah2an iaitu nenas dan tembikai. Take...take...take....termanggu2 pelancung Taiwan ini melihat buah yang mana satu jadi pilihan...kihkih...

 
Fuyoooo....sensored!!! bukannya apa..bila tengok gambar diaorang teringatkan betapa friendlynya diaorang ini dengan kami semua..
 
 
 

Beginilah kami sewaktu didalam Speed Boat. Yang berbaju belang oren itu adalah Tours Guide kami. Sangat selesa menaiki Speed Boat. Kami disediakan minuman mineral dan orange. Senyum....senyummmmm!!! Basah kita jap lagi..haha


Ini diantara pelancung yang datang dari berbagai negara.. Sangat friendly. Yang baju hijau tu dari Taiwan dan sebelah bertopi cowboy tu adala pelancung Korea.

 
Lain2 warna airnya padahal ditempat yang sama. Beza gambar diatas dan dibawah.
 

Cave Island didalam package Island Tour. Disini tempat pengutipan sarang burung yang sangat bernilai. Kami cuma singgah sebentar untuk mengambil gambar sahaja.



 
 

Bamboo Island. Tempat persinggahan yang pertama. Perjalanan dari Jetty untuk ke sini mengambil masa selama 40 minit. Disini saya dan kawan2 yang lain dibenar mandi untuk selama 40 minit masa diberi. Apalagi terjah jangan tak terjah..Ada yang terminum air masin yang sangat2 masin..sampai tersedak2..kah..kah...kah..

 
Ini adalah boat yang disebut "long tail boat". Menggunakan enjin lama terasa la pulak macam kura2. Untuk orang yang mahu berjimat bolehlah naik boat ini. Tambang untuk long tail boat ini adalah lebih kurang THB400 = RM40. Lain agent makan lainlah harga. Sebab itu kita kita survey 2 atau 3 tempat dan sebolehnya dapatkan harga yang berbaloi..
 

Gerai-gerai yang terdapat di sepanjang pantai Ao nang. T-shirt I Love Krabi merupakan yang terlaris di gemari oleh pelancung2 yang datang. Harga sehelai T-shirt ini adala THB150 = Rm15.

 
Kalau sesiapa berhajat untuk memakai bolehla beli sehelai dua..hehe
 

 
Deretan kedai-kedai. Berbagai cenderahati ada disini. Tengok orang yang berbaju ala2 peach/pink itew. Sahabat travel saya iaitu Kak Sabariah sedang kyusuk membeli selipar pantai. Rata-rata pelancung akan memakai selipar yang sama dijual untuk tujuan Islan Hoping..
 
 
Jika anda ke Krabi..tidak sah kalau tidak makan Pancake made in Krabi. Ianya seakan roti canai yang ditebar, digoreng dikuali leper dengan mentega sehingga garing. Letak saja bahan2 yang tertera di menu hadapan. Saya makan banana pancake, jadinya pisang masak yand dihirs panjang dan diletakkan tengah roti dan dibalik. Setelah garing ianya diangkat di ditambah perasa sama susu atau gula.

Yang ini adalah pancake perasa coklat Nutella.


 Siap. Pancake perasa coklat. Pancake ini berharga THB30 = RM3 sahaja.
 
 

Kenderaan ringan untuk ketempat yang berdekatan bolehlah menaiki motor tut-tut ini. Tambang yang dikenakan seorang hanya THB20 = RM2 sahaja.


 
Suasana di pantan Ao nang. Saya menghabiskan waktu disini sementara menunggu kawan2 yang akan tiba pada penerbangan yang kedua. Betapa indah ciptaan Allah. Saya hanya menggunakan Samsung Galaxy Camera untuk tujuan ini.
 

Ini adalah antara Speed Boat yang dimaksudkan. Berkapasiti enjin kuasa kuda yang besar dan sangat laju meluncuri pelayaran meredah ombak laut..
 

Maya Beach yang sangat popular diperkatakan dan disinilah tempat pengambaran oleh Leonardo. Cuma pantainya pendek. Rasa macam tak puas untuk bermandi manda jika dibandingkan dengan pantai di Bamboo Island.
 

Seperti sebuah lurah dan ditengah2 nya air kehijauan. Sangat cantik tempat ini bila diambil gambar. Sukar digambarkan betapa cantik dan indahnya pulau ini.

Sunday, 3 March 2013

Medan

 
Penerbangan dari LCCT ke Medan memakan masa selama lebih kurang 1 jam perjalan dan pesawat mendarat di Polonia Airport Medan. Polinia diambil dari singkatan nama dari bekas tapak ladang yang di miliki warga Poland. 
 
 
 
 
 Percutian singkat selama 2 hari 1 malam. Saya cuma jalan2 di bandar Medan sahaja. Melawat Masji Raya yang sangat terkenal di Medan. Rekabentuk 8 segi keliling masjid ini. Dibelakang masjid terdapat perkuburan yang lama dan baru.
 
 
 
 
 
 
 Sepasang orang putih ini kena berpakain sopan sewaktu masuk ke masjid. mat saleh lelaki ini dikenakan memakai kain sarung manakalan minah saleh ini kena pakat tudung yang telah disediakan oleh pihak masjid yang terdapat di pintu masuk masjid.
 
 
 
 
 
 
 
 Ciri2 rekebentuk bahagian tepi masjid.
 
 
 Saya singgah di Istana Maimon. Cuma beberapa minit berjalan kaki dari masjid untuk ke sini. Tetapi saya menaiki beca motor yang baik hati menanti saya untuk kemana saja tanpa permintaan dari saya. Kesian juga dan akhirnya menjadi supir saya berdua bersama suami kemana yang saya ingin pergi.
 
 
 Laluan masuk terdapat kereta kuda yang menjadi kenderaan kerabat diraja.
 
 
 
 
 Didalamnya terdapat makam yang ditutup dan dijaga oleh pengawal.
 
 
 Rekabentuk dalam Istana Maimon. Sangat menarik
 
 
 
 
 
Balai rong..
 
 
 
 
 
 Perut pun dah lapar. Saya singgah di Garuda Restoran untuk menikmati makan tengahari.
 
 
 Menu tengahari.
 
 
 
 Kain telekung yang dijual di Pasar Ikan. Bukan jual ikan ye kawan2...haha
 
 

Kain palikat made in Indonesia..bukan jimmi palikat..aku org kampung..ahakkk!!!



                                          Singgah sebentar menikmati satay Padang.

 
Satay padang yand dimaksudkan. Bukan berkuahkan kuah kacang ya. Sekadar kuah likat resepi orang Padang.. 
 
 
 
Pada waktu malam saya berjalan kaki dari Hotel menuju ke Merdeka Walk untuk menikmati makan malam. Tiada apa yang menarik disini melainkan restoran2 pilihan samada western atau makanan asal orang tempatan. Tapi tempat makan disini boleh dikatakan untuk menu orang2 berada.

 
Gerai2 disini ada menjual souvenir...sambil menjamah selera boleh difikir apa yang patut dibeli untuk dibawa pulang..

 
Pentas untuk menjalankan aktiviti kerana tempat ini menjadi tumpuan pelancung.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...